Petua Vegas Dalam Forex Trading

Petua Vegas:

Berikut penulis berikan sebuah lagi tips berguna kepada para traders yang ingin mencuba teknik yang agak berbeza berbanding dengan orang lain.  Teknik ini dipanggil Teknik Vegas.  Mengapa ia dinamakan Vegas?  Penulis sendiri kurang arif.  Mungkin pencipta teknik ini berasal dari Las Vegas agaknya….

Sila rujuk contoh yang penulis berikan di bawah.  Di dalam contoh ini, graf yang digunakan adalah GBP/JPY (spread yang agar besar yea… -7 dalam IntelFx, -9 dalam Marketiva) dengan Timeframe H4.  


Ringkasan:

Untuk Kondisi Short:

Point 1 dan 7:
Pastikan RSI 14 di atas garisan 70
Point 2 dan 8:
Pastikan RSI 3 di atas garisan 80 atau lebih untuk pastikan market telah Overbought
Point 3 dan 9:
Pastikan Stock (5,3,3) telah melebihi garisan 70.  Masuk position Short apabila dua garisan Stoch bersilang.


Untuk Kondisi Long:

Point 4:
Pastikan RSI 14 di bawah garisan 30
Point 5:
Pastikan RSI 3 di bawah garisan 20 dan telah mencecah lantai (telah Oversold)
Point 6:
Pastikan Stoch (5,3,3) telah mencecah lantai.  Masuk position Long apabila dua garisan Stoch bersilang.


Kata Penutup

Anda disarankan memasuki position Short setelah Stoch bersilang, sila pastikan anda letak stop loss sekurang-kurangnya 30 pip bagi mengelakkan sebarang kemungkinan market naik kembali.  Kawal perasaan dan mental serta jangan tergesa-gesa untuk menutup post kerana waktu itu anda perlu tenang dan yakin pada indicator.  Setelah post short telah dibuat, anda perlu tunggu sehingga Stoch, RSI 14 dan RSI 3 mencecah lantai barulah close position anda.

Melalui pengalaman penulis, dengan cara ini anda akan memperolehi sekurang-kurangnya 30 - 100 pip. Apa yang penting adalah ketahanan mental anda.  Anda perlu tenang dalam keadaan market yang tidak menentu.  Semoga anda Berjaya!







-Hakimi Hamid-

Comments

  1. this note is not complete. contact me for free note on Vegas Technique.

    ReplyDelete
  2. salam bro..interested to know more bout this.how to contact you or you can sent email to me..krie_archer@yahoo.com...thanks

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts