Pabila Manusia punya kelemahan...

Assalam dan Salam sejahtera,

Manusia lemah. Sepandai mana pun kita... sehebat mana pun kita... se'genius' mana pun kita hatta memiliki IQ setinggi Eisntein sekalipun, kita tetap manusia.  Kita punya emosi dan kita punya tenaga. Kita hebat dan pintar ketika kita sihat... ketika kita normal dan ketika kita tiada tekanan.  Tetapi pabila emosi terganggu dek awek dikacau orang... atau fikiran terganggu dek kawan tikam belakang sebab nak naik pangkat cepat... atau kita berasa stress dek banyak berfikir... kita akan jadi lemah dan tiada motivasi. Pada 'post' saya yang lepas, telah saya beritahu pada September saya akan kongsikan dengan saudara2 semua sesuatu yang baru. Sebenarnya pada September hingga akhir Oktober saya mencuba 'indicators' baru dalam Forex trade. Tapi gagal. Ya saya gagal kerana saya manusia... saya punya emosi.

Saya hampir2 hilang terus semangat untuk trade.  Saya telah loss trade terlalu banyak... hingga saya pasrah dengan takdir... saya hilang semangat... hilang keyakinan diri dan hilang motivasi untuk terus berfikir secara positif tentang masa depan saya.  Saya begitu tersepit kerana saya hilang begitu banyak wang dan dana yang diamanahkan kepada saya oleh investor-investor saya.  Saya rasa mati lagi baik kalau hidup tak boleh mendatangkan sebarang kebaikan untuk diri saya dan insan2 yang saya sayangi. Begitulah yang saya rasa...

Saya x ingin nak berkongsi berapa banyak yang saya loss dari trade manual.  Banyaknya berpuluh ribu RM. Hmm.... sekarang saudara tentu dah start geleng kepala kan.... Itulah saya... Saya sangka saya hebat... Saya sangka saya genius... Saya sangka saya pintar boleh melakukan trade secara manual tanpa rasa sangsi yang saya akan loss trade.  Akhirnya saya loss trade begitu besar. Berpuluh ribu RM. Fuhhh....

Saya menemui robot yang berjaya membantu saya keluar dari kemelut rugi dalam trade. Subhanallah... Saya masih tak percaya yang saya belum loss trade setelah seminggu saya 'run' robot ini dalam forex trade saya.  Saya masih merangkak dengan modal yang kecil dan perlahan-lahan saya kumpulkan modal tersebut agar semakin cepat ia bertambah.  Di samping itu dari semasa ke semasa saya mengubahsuai robot yang saya jumpai ini agar terus mendatangkan 'income' untuk saya dan saya tambahbaik agar 'income' itu dilipat gandakan.  Tapi jangan sampai tamak dan makan margin pulak kan... Saya graduate bidang computer science.  Programming adalah bidang saya.  Justeru saya berasa bersyukur bertemu dengan robot ini. Thank you Allah. Thank You Allah. Thank You Allah.

Comments

Popular Posts