Emas, Perak dan Komoditi

Salam...

aku hampir terlupa akan adanya blog aku ini... satu masa dulu aku begitu bersemangat menulis berkenaan technical analysis... tiba2 aku hilang arah apabila Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan bahawa urusniaga matawang atau Forex adalah haram di sisi Islam. Walaupun hatiku berat untuk menerimanya, sebagai seorang Muslim yang taat, aku menerimanya juga... berminggu-minggu juga aku memikirkan apakah jenis investment yang boleh aku apply teknik2 analisis teknikal yang sama tetapi tidak haram di sisi Islam... sehingga pada suatu hari selepas solat Subuh, terlintas di fikiran aku bahawa Emas, Perak, dan Komoditi lain pun sekarang ini kebanyakannya telah diapungkan di Bursa Saham dan boleh dijual beli menggunakan sistem carta komputer secara online.

Nah... akhirnya aku mendapat ikhtiar untuk pelaburan baru... :)

Popular Posts