Kejatuhan Hosni Mubarak dan USD

Salam Traders dan Salam 1 Malaysia,

Hosni Mubarak telahpun mengumumkan melepaskan jawatan presiden yang telah didudukinya selama 30 tahun dan kini sedang berehat di luar negara. Beliau telah menyerahkan tampuk kepimpinan kepada tentera untuk mentadbir buat sementara waktu.

Wow... menarik bukan... lebih kurang seminggu yang lalu saya menulis berkenaan kejatuhan Hosni Mubarak yang semakin tidak dapat dielakkan dan malam kelmarin tup tup dah pun meletakkan jawatan.... sedangkan pada peringkat awalnya begitu sukar untuk si Hosni ni nak meletak jawatan.... huh!

Now... apa implikasi perletakan jawatan Hosni Mubarak dengan kenaikan atau kejatuhan usd? pada ketika ini usd sedang mengukuh berbanding matawang yang lain dan untuk pair e/u ia terhenti pada 1.3505 iaitu suatu baris support yang kuat sehingga setelah beberapa kali percubaan untuk terus turun pun masih juga tidak mampu dilalui untuk terus turun ke bawah. Justeru tepatlah sepertimana ramalan sesetengah pakar bahawa e/u akan berlegar sekitar 1.35 hingga 1.38... hmm... bezanya pun sekitar 300 pips, jadi agar menarik juga untuk swing traders macam saya ni... :-)

Sebenarnya impak terhadap usd pada ketika ini agak minima berbanding pad mula2 tunjuk perasaan bermula dulu.  Ini kerana perletakan jawatan Hosni memang sudah diduga. Malah senat US juga telah membuat kenyataan tidak menyokong Hosni dan sebaliknya menyerahkan kepada kuasa rakyat untuk menentukan kerajaan seterusnya.  Bercakap tentang penunjuk perasaan (protesters)... penulis memang respect mereka semua... sanggup berkampung berminggu-minggu di Tahrir Square (juga dikenali sebagai Liberation Square).  Bayangkanlah makanan kurang, pakaian kurang, hidup dalam khemah, makan sebelah kereta kebal... pada ketika ini penulis hanya mengkagumi asal usul keturunan masyarakat Mesir ini yang telah pun bertamadun sejak beribu tahun dahulu sejak zaman Firaun.  Justeru tidak hairanlah mereka boleh beradaptasi terhadap persekitaran walaupun hidup dalam serba kekurangan.  

Banyak lagi faktor lain yang menyebabkan euro tidak dapat mempertahankan momentum menaik dari 1.37 kepada 1.38. Antaranya ialah beberapa data dari negara Germany yang tidak begitu memberangsangkan.  Contohnya seperti kenaikan kadar interest dalam negara dan ditambah pula dengan kebimbangan para pelabur terhadap hala tuju negara-negara yang berhutang dan menghadapi masalah kewangan.  Siapakah negara-negara tersebut: Portugal, Ireland, Greece dan Spain (P.I.G.S).  Germany sebagai superpower ekonomi dalam kumpulan Eurozone diharapkan akan tampil dengan penyelesaian sebaliknya bergelut dengan masalah ekonomi dalam negara buat ketika ini.  

Apa lagi faktor yang menyebabkan usd mengukuh? hmm... kalau kita kaji secara detail terdapat beberapa faktor lagi.  Faktor-faktor ini anda boleh dapati dengan mudah di bloomberg.com dan reuters.com. Bandingkan berita-berita di dari sumber tersebut dengan data yang keluar dari Forex Factory (www.forexfactory.com) dan anda akan dapat membuat tafsiran tentang arah pergerakan matawang yang anda trade.  Pembelajaran tentang tafsiran news sangat penting kepada para traders/pelabur kerana di samping ilmu teknikal yang telah kita pelajari, kita juga perlu menjadi seorang traders yang up-to-date.  Percayalah anda akan lebih tenang untuk trade sesuatu matawang sekiranya anda tahu ke mana arah pergerakan matawang yang anda trade.  

Sampai jumpa lagi... selamat berforex.





-Hakim-


Comments

Popular Posts