Kejatuhan Hosni Mubarak Semakin Tidak Dapat Dielakkan dan Kaitannya dengan USD
Pada ketika saya menulis... puluhan ribu penunjuk perasaan sedang berhimpun beramai-ramai memprotes kerajaan Mesir dan mendesak presiden Hosni Mubarak supaya meletakkan jawatan. dijangka presiden tersebut akan mengumumkan untuk meletakkan jawatan dan akan menyatakan bahawa anak beliau tidak akan bertanding untuk sebarang kerusi parlimen pada hari Jumaat. pada hari Jumaat ini juga dinyatakan bahawa tunjuk perasaan akan melibatkan lebih dari sejuta penduduk Mesir.... hmm...
pada ketika ini pihak kedutaan Malaysia telah pun mengumpulkan para pelajar Malaysia di Mesir dan akan memindahkan mereka ke negara ketiga (saudi/jordan) secepat mungkin. Ehem... actually berita tentang Malaysia ni side-story saja... :-)
Now... apa kaitannya berita di atas dengan forex? kepada traders yang mengikuti matawang usd secara dekat, anda akan dapati bahawa nilai usd semakin menyusut. ini adalah disebabkan Mesir adalah sekutu US paling kuat di timur tengah. sejarahnya bermula sejak 1970an selepas Mesir kalah perang dengan Israel dan menandatangani perjanjian damai dengan Israel.
Justeru itu, apabila ketidakstabilan politik berlaku di Mesir... hatta sekecil manapun... ia tetap akan menjejaskan perhatian pelabur untuk melabur di dalam matawang usd. apabila pelabur tidak melabur (membeli/buy) matawang usd... maka carta seperti Eur/USD akan naik dan carta USD/JPY akan turun.
Hmm... kepada yang baru bermula... forex ni adalah dagangan matawang... therefore ia akan didagangkan secara pair/berpasangan. contohnya USD (US Dollar) melawan JPY (Japanese Yen) dan kita akan dapat USD/JPY atau U/J. contoh yang lain ialah Euro (European Euro) melawan USD (US Dollar) dan kita akan dapat Eur/USD atau E/U.
Simple bukan? :-)
Berita2 besar seperti ketidakstabilan Mesir memberi impak yang besar kepada matawang US. pada ketika ini, cara pergerakan biasa graf matawang tidak lagi boleh digunakan. kenapa saya katakan begitu? mudah saja.... jika diambil kira pergerakan normal sesuatu graf matawang, anda akan dapati dalam tempoh seminggu carta akan bergerak atau 'swing' dalam jumlah 300-400 mata. hmmm.... menarik bukan... ia adalah rahsia dalam forex trading... tapi saya share untuk ilmu kita bersama... anda nampak apa2 peluang? Jelaslah bahawa traders yang sensitif akan mengambil kesempatan dari 'swing' yang berlaku dalam market. bayangkan anda boleh dapat 300 mata dalam seminggu pada satu post. post adalah entry anda dalam market, sama ada anda beli atau jual... ok... maka anda akan untung 300 mata bagi satu post, bayangkan jika anda letak 3 post? bukankah nilai keuntungan anda adalah 900 mata? Wow!!... :O
sampai jumpa lagi... selamat memorex... :-)
Comments
Post a Comment