Kepentingan Pengurusan Emosi dalam Perniagaan Forex

Sepanjang 6 tahun saya bergelar trader, saya boleh merumuskan bahawa masalah paling utama bagi setiap trader adalah bagaimana untuk menguruskan emosi 'ingin cepat kaya'.  Malah saya sendiri sering terjerat dengan perangkap ini di mana saya merasakan bahawa berdasarkan penilaian yang dibuat dan pengiraan semasa yang dibuat, didapati seakan major reversal akan berlaku. Memang confident tahap gaban lah yang reversal akan berlaku ni... 


Lalu tindakan spontan yang saya lakukan (kisah dulu2 la ni...) ialah meletakkan 70% margin ke dalam post. maka tinggalkan baki 30% margin untuk backup.  sekali tup2 reversal tak berlaku.... maka bergeloralah emosi macam orang putus cinta 18x dan menggagau tak tau apa nak buat... maklumlah.... margin asalnya 70%... bila reversal tak berlaku dan graf semakin meninggi (contohnya e/u), maka margin backup sekarang cuma tinggal 10%.... dan tak lama selepas tu margin tinggal 5% dan margin call berlaku.... adesss....


Apabila margin call berlaku, post yang paling atas (jika ada banyak post) akan ditutup dan floating loss tu akan betul2 jadi loss... kadang2 10dollar, kekadang 100dollar... dan kekadang 1000dollar Uwaaaa..... :-(


Itulah akibatnya kalau terlalu mengikut emosi... dalam bisnes forex ni, emosi untuk cepat kaya perlu dikikis.... sekiranya anda berniaga 1000dollar, uruslah perniagaan anda dengan margin yang betul supaya anda tidak kehilangan lebih banyak dana anda. teknik pembahagian margin yang betul adalah 80% backup dan hanya 20% trade.... itupun sudah terlalu besar... sewajarnya hanya trade 10% dan biarkan 90% menjadi backup.  Dengan backup dengan % yang besar ini akan memudahkan anda membuat pembelian 'durian runtuh' yang juga dipanggil 'hit and run'. 


OK sampai sini dulu... trade lah dengan berhati-hati kerana keinginan untuk mendapat keuntungan dengan terlalu cepat selalunya akan memakan diri. 




Sekian, wassalam.

Comments

Popular Posts