Trade Yang Untung

Bismillahirrahmanirrahim,

Segala puji bagi Nabi Muhammad S.A.W.,

Saya mulakan ruangan kali ini dengan rasa kesyukuran di hati kerana sekali lagi hasil teknik yang betul dan kesabaran, saya berjaya menjana pendapatan positif dalam perniagaan forex.  walaupun tidaklah sebanyak 1000+ mata atau mendapat USD10000 ribu dalam masa 15 minit, tapi syukur ia tetap sesuatu yang saya banggakan dan saya ingin berkongsi dengan anda akan kejayaan ini.  Sila lihat snapshot di bawah:

Rajah 1: Snapshot 4/2/2011

Keuntungan total berjumlah 404 mata (pips).  Bagi sesetengah traders mungkin ia suatu nilai yang kecil... tetapi bagi seseorang yang full-time traders seperti saya... walaupun keuntungan sebanyak 30 mata sekalipun tetap diiringi dengan kesyukuran.  Kerana bagi saya, bukanlah berapa mata yang anda berjaya janakan, sebaliknya adalah nilai bagi setiap mata yang anda janakan.  

Terdapat perbezaan yang ketara antara leverage 1 pip : USD1 dengan 1 pip : USD10

Saya tak kisah jika anda adalah beginner atau novice atau professional.  Hatta expert dalam forex sekalipun tetap akan mengalami kerugian sekali sekala dalam masa seminggu.  Apa yang penting adalah anda tidak patah semangat dan tidak tamak dalam berniaga.  Sifat tamak adalah musuh utama dalam forex trading.  Justeru perlulah kita sama2 ingat bahawa biarlah untung kita sekarang 300+ mata asalkan kita tetap untung pada hari tersebut.

Kata Robert Kiyosaki dalam bukunya "The Guide to Investing", beliau menyatakan bahawa Forex termasuk di dalam kategori 'portfolio income'.  Bermaksud income yang anda janakan melalui saham atau perniagaan komoditi atau forex. Menurut beliau portfolio income adalah sesuatu yang anda tidak boleh kawal kerana ia akan bergerak mengikut kehendak pasaran. 

Pada masa akan datang, saya akan berkongsi ilmu tentang indicator yang berkesan dari para jutawan forex seluruh dunia dan indicator yang digunakan oleh para jutawan tersebut.  Jika anda baru berjinak-jinak dalam dunia forex, saya ucapkan selamat datang dan bersabarlah menimba ilmu forex dari sifu2 di merata forum dan chatroom seluruh dunia.

Selamat berforex dan selamat maju jaya.  :-)

Comments

Popular Posts